Manusia ini lalai.
Terlupa dengan nikmat yang di beri.
Terlupa dengan kesenangan yang di nikmati.
Terlupa dengan kebahagian yang di perolehi.
Terlupa mereka hidup dengan izin yang Maha Esa.
Mereka masih lalai.
Hanyut dengan kebahagian dunia.
Hanyut dengan rezeki yang ada.
Mereka kurang bersyukur.
Syukur mereka hanya seketika.
Di waktu mereka kesusahan dan mendapat bantuan dari atas.
Syukur mereka hanya pada bibir.
Ucapan mereka sukar di gambakan keikhlasan di hati.
Meskipun Ikhlas. Kesedaran mereka hanya seketika.
Itulah manusia. Mereka leka, alpa, sombong, bodoh dan lalai.
Itu hanya pinjaman.
Pinjaman yang seketika.
Sukarkah untuk kita bersyukur ?
Mungkin aku pernah terlupa.
Syukur aku kepadaNYA kerana aku masih di ingatkan.
Mungkinkah itu satu petunjuk ?
Untuk aku ? Bagai mana untuk mereka yang masih lalai ? Sombong ? Angkuh ?
Aku kurang mengerti.
Tetapi aku sedar! Itu suatu kebetulan untuk memperingatkan aku.
Masih ada yang sayangkan aku. Masih ada yang mahu aku terus bersyukur.
Itulah Allah S.W.T dengan IzinNYA.
RADZI TAIB
3.29 PM
RABU
18 Februari 2009
Hanya tedetik dari hati untuk meluahkannya.
Feb 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 artikulasi:
Post a Comment